The Two of Us
Syazwina Athilah

Photobucket

People are asleep as long as they are alive, they are awakened when they die.

Journal Windy Hello

Role as them.

Photobucket

The Prophet sal Allahu alaiyhi wa sallam said, “I guarantee a house in Jannah for one who gives up arguing, even if he is in the right; and I guarantee a home in the middle of Jannah for one who abandons lying even for the sake of fun; and I guarantee a house in the highest part of Jannah for one who has good manners.”




Gratisan Musik

Music Graphics


Hello May. Goodbye April.



Assalamualaikum Warahmatullahiwabaraktuh.
Yeah. Sekarang dah masuk bulan May.
Say HELLO to May. And say GOODBYE to April.
Dear April, thanks for everything. Thanks for the happiness for a month.
Now I'm ready for May. Ya Allah, mid-year exam dah nak dekat.
Berikanlah aku kejayaan untuk exam kali ni. Tingkatkanlah markah Science aku, ya Allah :)

Okay. Tiba-tiba saya rasa nak flashback cerita bulan April.
Hmm.. okay..! Ini cuma apa yang saya salin dalam Journal Chicken Maniac saya :)

--> SHINee keluar lagu baru tajuk Sherlock. Waktu tu saya masih demam kpop lagi.
Saya tengok Onew dalam video tu and saya tak puas hati sebab ada Jessica. Haha *forget it*

--> It was 4th APRIL. Anis Amaliza's bornday. Yeah. Kitorang satu kelas nyanyikan lagu birthday untuk dia.

--> 6th APRIL, kami kena tubuhkan satu group presentation untuk sejarah. Ahli first tentulah saya sendiri. Lepastu Anis dengan Farah Ilyana join. Tambah lagi tiga orang, Hanna, Sabrina and Hafizah Hasni. Then, Farah Hazirah lonely.. hehe. Jadi dia pun join group kitorang. Semuanya baru tujuh orang. Kami perlukan lagi tiga orang untuk cukupkan ahli kepada sepuluh orang. Disebabkan dah ramai perempuan, lebih baik kami cari budak lelaki pula. Saya dah decided awal-awal nak ajak Haziq sebab saya dah biasa sama group dengan dia macam group untuk sivik. Haziq pun okay je. Dia ajak Azizul. So dah ada sembilan orang. Kami kekurangan lagi sorang. Azizul pun ajak Azri, Azri pun okay je. So akhirnya cukup sepuluh ahli.

--> Saya dan kawan-kawan sekelas yang lain kena denda dengan cikgu sebab tak hantar buku karangan.
Hahaha. Serious ni, waktu tu kelakar dan seronok. Dendanya kena nyanyi dekat depan kelas. Haa!
Mana tak gemuruhnya. Budak lelai ramai yang berani nyanyi. Budak perempuan dua tiga orang je boleh.
Saya? Hmm.. dah sah lah. Nak suruh saya nyanyi? Nyanyi sebelah Hanna boleh lah. Hahaha ><

--> 10th APRIL, it was my father's bornday! Yeahh! Sedih tau. Saya tak mampu nak bagi apa-apa.
Cuma mampu bagi satu keychain tertulis nama abah saya. Tu je :( Hmm, tapi abah saya cakap TERIMA KASIH dekat saya. Hee :3

--> 11th APRIL, saya ada sikit salah faham dengan Izzah. Tapi sekejap je. HAHA.
Tak sampai 1 hari, kitorang dah berbaik. Hehe. Nak buat macam mana, dia memang bestfriend saya kan? :3

--> 13th APRIL, waktu ni saya geram dengan Sabrina. Ada ke patut dia tulis "Wina comel" dekat papan putih? Ya Allah. Apa lagi, gelabah lah saya mencari duster nak padam apa yang dia tulis. Haha :p

-->  15th APRIL, saya telah berjaya membuat rekod iaitu, tak makan ayam selama 2 hari berturut-turut. Haha. Dan yang lagi penting, waktu tu saya dah kurang dengan kpop *smile and smile*

--> 17th APRIL, ada motivasi dekat dewan anggerik sekolah. Sebenarnya aktiviti tu dikendalikan kaunseling. Penceramah luar yang dijemput. Serious ni, motivasi tu best tau..! Dia cerita pasal remaja zaman sekarang yang terlalu terbuka dengan masalah gejala sosial.

--> 19th APRIL, presentation sejarah kami. Alhamdulillah. Nasib baik takde masalah.
Powerpoint yang saya buat pun takde salah. Fuuhh. Saya risau je powerpoint saya buat tu buruk -,-
Nasib baik okay. Cuma waktu tu tapak tangan saya bepeluh-peluh sebab nervous. HAHA.

--> 20th APRIL, hahaha. Okay. Waktu ni hari Jumaat. Saya kena bertugas bersihkan kelas. Jadi saya pun tak turun rehat dan bersihkan kelas. Sampailah dekat salah satu meja tu, saya tengah menyapu, saya terlanggat bucu meja tu. Ya Allah! Jam tangan saya pecah..! Haish. Saya dah gelabah dah sebab jam tangan tu kakak saya punya. Nasib baiklah kakak saya tak makan saya. Haha :p

--> 21th APRIL, hari tu hari sekolah ganti. Yelah, hari Sabtu kan? Siapa pula yang rajin datang sekolah. Tapi saya rajin tau! Muehehe :3 Kawan-kawan saya yang lain pun datang. Kecuali Hanna dengan Izzah. Waktu tu duduk dalam dewan anggerik je. Ada buat latihan untuk Geografi dengan Mathematic. Then, ada buat nilam. Lepas buat nilam, saya yang kebosanan ni, tiba-tiba datang idea nak buat pantun. Haha. Tak percaya boleh tanya Farah dengan Anis. Macam-macam pantun saya buat. *HAHAHA* Lepastu sebelum balik, kami semua ada aktiviti dengan Cikgu Zainal. Seronok tau..! Rugi betul siapa tak datang. Haha.

--> 23th APRIL, waktu ni first time saya present dekat depan sorang-sorang. Mula-mula ada lah takut juga. Lepastu lama-lama okay. Geram betul dengan Fitri waktu tu. Bagi soalan mengarut *cekik nak?* Haish. Tapi Alhamdulillah. Nasib baik cikgu cakap presentation saya bagus. Muehehe *kembang lah tu* :p

--> Saya terlalu busy dengan pertandingan bahas sampai asyik tertinggal kelas. Hmm.. agak takut untuk masuk pertandingan bahas. Al-maklumlah, pertama kali dalam hidup saya berbahas. Saya masuk bahas dengan Hanna and Sabrina. Pertandingan first kami menang and dapat masuk semi-final. Alhamdulillah, kami menang and dapat masuk final. Tapi final kami cuma dapat nombor dua. Okaylah tu. Alhamdulillah kan? Tahniah dekat Aina, Syaza and Syauqi. Korang memang pandai berbahas :D

--> 26th APRIL, saya memang dah kurang sangat dan sangat dengan kpop. Lepastu, ada orang tu kenalkan saya dengan Maher Zain. Hoho! Akhirnya sampai sekarang ni saya minat Maher Zain. Sebenarnya mula-mula minat Irfan Makki, lepastu bila tengok Maher Zain ni, alamak haish, handsome lahh. Hoho *cair dah*

--> The last day of April. Cerita pasal semalam lah ni, kan? Semalam datang sekolah semangat pergi ICTL. Haha. Tapi tak belajar sebab cikgu takde. So, yang baik-baik ni, apa lagi online lah kan? Haha. *baik apa*
Hari yang cuma belajar satu subjek. Pelik-pelik. Lepastu ada tazkirah dari Ustaz Amin. Bestt! Serious best. Rugi siapa tak dengar.

Itulah antara cerita bulan April yang saya salin dalam Journal. Apapun, hari yang paling saya suka ialah semalam. 30th APRIL 2012. Hari yang paling menggembirakan. Thanks to Allah S.W.T :)


                                                                                                                                                                      


0Comment