Syazwina Athilah Role as them. The Prophet sal Allahu alaiyhi wa sallam said, “I guarantee a house in Jannah for one who gives up arguing, even if he is in the right; and I guarantee a home in the middle of Jannah for one who abandons lying even for the sake of fun; and I guarantee a house in the highest part of Jannah for one who has good manners.” Gratisan Musik Music Graphics |
To my dear Friday.
Assalamualaikum. Hai hai.
Sekarang saya sedang meng-update blog sambil mencari isi-isi untuk bahas nanti. Pukul 3:30 petang kami dah start pertandingan bahas. Nervous betul rasanya. Hahaha. Dari semalam lagi, kerja saya cuma duduk depan komputer sambil menulis. Sepatutnya duduk depan komputer, menaip. Bukan menulis *bhahaha* Sepatutnya hari ni pergi sekolah lambat, tapi terpaksa datang awal pukul 1. Sebab saya, Hanna dan Sabrina kena cari isi-isi untuk bahas lagi. Malam tadi, nak tidur pun tak senang. Susah hati betul rasanya. Padahal bahas antara kawan sekolah je bukan peringkat daerah. Haha. Disebabkan susah nak tidur, saya pun dengar lagu Irfan Makki : Waiting For The Call sampai habis battery phone saya. Entah berapa kali lagu tu ulang. Saya memang tak boleh tidur kalau tak dengar lagu tu. Haha *pelik* Memandangkan hari ni hari Jumaat, saya harap hari ni jadi hari paling bahagia buat saya. Semoga kami menang pertandingan bahas hari ni. Ohya, tajuk bahas kami ialah :-
Internet Membawa Keburukan Dalam Kalangan Remaja
Eh, tunggu dulu..! Kami bukan pencadang tau. Kami pembangkang. Haha.
Kami kena cari nilai positif internet. Bukan perkara negatif tentang internet. Haha. Bila difikirkan balik, berbahas ni seronok. Kita boleh keluarkan pendapat sendiri. Pasal Journal saya, hmm -,- Saya tak berhenti tulis tiap-tiap hari. Tapi, setiap kali saya tulis mesti separuh je. Eh, bukan separuh tapi suku. Teruk betul saya ni. Kesian Journal saya *tuannya pemalas sangat* Ohya..! Pasal lagu Irfan Makki yang saya dengar tiap-taip malam tu, nak dengar? Haa, nahh! Ambil lah. Hahaha. Sedap tau suara dia *saya suka suara dia*
:)
♥ 0Comment |