The Two of Us
Syazwina Athilah

Photobucket

People are asleep as long as they are alive, they are awakened when they die.

Journal Windy Hello

Role as them.

Photobucket

The Prophet sal Allahu alaiyhi wa sallam said, “I guarantee a house in Jannah for one who gives up arguing, even if he is in the right; and I guarantee a home in the middle of Jannah for one who abandons lying even for the sake of fun; and I guarantee a house in the highest part of Jannah for one who has good manners.”




Gratisan Musik

Music Graphics


Gangnam week.


Assalamualaikum. Dah lama saya tinggalkan blog. Maaf lah sebab saya busy sangat minggu ni. Dengan gangnam style lagi. Ehehehe ^^ So hows your eid? Seronok kan dapat jumpa cousin kita yang sporting. Raya tahun ni paling memenatkan tau. Fuhh. Pergi rumah atuk saudara saya yang ramai tu. Aishh. Raya pertama best tau. Pergi beraya dekat Kampung Sermin. Weeheee ^^ Atuk saudara saya semuanya sporting tau. Yang dah besar panjang sekolah menengah ni pun dapat duit raya. And raya pertama saya banyak sangat makan ayam. Sampai tak boleh kira *WhatILikeTheMost*. 


Raya kedua saya bangun lambat. Pukul 9 pagi baru bangun. Sebab malam sebelumnya saya tengok movie sampai tengah malam. Movie "I am number four". Hero dia handsome tau. Haha lol. Orang lain tengah breakfast dekat rumah sebelah. Saya dekat rumah mok teh and nyenyak tidur lagi -__- Then saya terjaga sebab terdengar suara Boboiboy. Haha mula lah rasa pelik. Rupa-rupanya Basri tengah tengok Boboiboy depan tv. Haha lol. Dah besar-besar pun still tengok kartun. 

Then pergi rumah ucu. Hihi. Dapat lah jumpa cousin saya dua orang yang handsome tu, Hairi and Haiqal. Hairi tinggi daripada saya padahal waktu dulu dia lagi pendek dari saya. Haha lol. Seronok betul pergi rumah ucu. Then time lepak depan rumah ucu, nampak budak budak kampung naik motor pergi beraya. Seronoknya tengok dorang. Kan bagus kalau saya stay Segamat. 


Malam raya kedua, beraya lagi. Ahhh. Saya terjumpa pakcik pakcik saudara saya yang handsome. Woah. Kami saling tidak mengenali. Haha. Pakcik pakcik saudara saya kebanyakannya masih sekolah menengah. Hebat kan? Haha. Handsome lagi. Then balik je, bentang tilam dekat ruang tamu rumah atuk and tidur ramai ramai. Weheee ^^ Sambil tu tengok "Mael Lambong". Haha. Last last semua orang tidur and saya tengok sorang-sorang. Haha kesian betul.


Ohya. Sebelum balik Shah Alam, saya dengan dua orang cousin saya, Aqif and Afiqah. Kitorang ada tanam sekor ikan ni. Haha. Dah jadi jenazah ikan tu, so tanamlah. Actually ikan tu ada dekat dalam pasu besar depan rumah atuk saya, then jadi jenazah pula dia -___- So kami tanamlah dia dekat dengan pokok rambutan yang saya jatuh haritu. Hahaha *HarituPernahJatuhPokokRambutanSebabPergiPanjat*.

Okay then hari Jumaat pergi beraya rumah Nadiah. Hihi. Sambil tu sambut birthday Nadiah. Wuu best tau. Makan sate ayam. AYAM yeah! Ohyeah ohyeah. Haha. Bytheway, gambar saya sorang tak ada. Eirfan ada snap tapi dia tak kasi pun. Harhar -____-

Tengok atas tu, kawan baik saya nama dia Farah Ilyana. Comel kan dia? Hihi. Of course lah. Tengok bestfriend siapa *cough*. 

Farah with Nadiah. Birthday tu. Untungnya siap dapat potong kek. Weheeeee *kek tu sedap tau* ^^

On Saturday kami semua pergi beraya tujuh rumah termasuk rumah saya. Haha daebak kan? ^^
Duit raya pun banyak tau. Haha kami masih pelajar sekolah. Nak tahu perjalanan kami beraya? Haha.

Rumah Ain --> Rumah Sarah --> Rumah Sharifah --> Rumah Aini --> Rumah Farah 
--> Rumah Nadiah --> My house lah :)


Me with Nadiah a.k.a Elephant. Tengoklah muka Nadiah, lempang kang baru tahu. Haha gurau je :)


Ontheway pergi rumah Aini. Haha lol sempat snap. Eh baju merah? Sama SleeQ. Muehehe.


Anis, Farah Hazirah and Sarah. Comel kan dorang? Well biasalah, kawan baik saya juga dorang ni ^^

Time pergi rumah Nadiah, kitorang singgah jumpa Adeeb. Kawan lama kitorang. Dulu sama kelas waktu form 1 and sekarang dia dah pindah sekolah seksyen 18. Dia friendly lah. Time dekat rumah Nadiah, makan KFC. Ahhhh. Sedap! Saya makan ayam yang paling besar and malu tahu tak. Sebab saya makan ayam paling laju -___- Aishh. Dorang belum habis makan, saya dah habis dulu. Muehehe. Time dekat rumah saya, dah masuk waktu zohor. So lepas dorang makan, dorang solat sekali dekat rumah saya. Solat semestinya diutamakan ^^ Then dorang tengok video kelakar. Haha ada onew saya sekali dorang tengok.

Apapun best betul raya dengan dorang! Thanks to Allah sebab bagi kami semua peluang beraya bersama. Weheee ^^ *SukaSangat*. Ohya I called this week as GANGNAM WEEK. Hahaha. Korang kena tengok video Oppa Gangnam Style. Pergi tiru dance dia sekali okay? ^^


p/s : Saya dah addicted dengan lagu "Oh Yeah" by Gdragon & TOP ft ParkBom. Hihi. Tengoklah.





0Comment